INTERNET SEARCH

Tuesday, March 2, 2010

Hukum rokok dan lain2


Mesej:
Soalan pertama . .
Saya nak tanye mengenai menhisap rokok ni .. apa hukumnya ? Kalau saya menghukumkannye makruh , macam mana ? Sedangkan saya tahu rokok tu membazirkan duit dan membahayakan kesihatan . Apakah itu dikira haram saya hisap rokok ? minta penjelasan . .
soalan kedua . .
Bolehkah kita baca bacaan dalam solat dengan nada slow? Sebab saya dengar baru2 ni Ustaz bagitahu kita mesti baca sekadar telinga kita je dengar . Kalau baca perlahan atau slow sehingga telinga kita tidak dengar macam mana ? Adakah sah solat saya ?
soalan ketiga . .
ape hukum kalau kita bace bacaan dalam solat tidak mengikut tajwid yang betul ? Contohnya ketika rukuk , sujud , tahiyat dan lain2 kecuali al – fatihah . Kalau surah al - fatihah tu saya tahu wajib baca ikut tajwid .
sy amat berharap soalan2 ini dapat di jawab . . . Sekian terima kasih
Maka jawabnya . . .
1. Pendapat yang berkata hukum hisap rokok itu makruh adalah pendapat ulamak2 mazhab Syafi'e . Jika dengan menghisap rokok akan menyebabkan sakit maka berubahlah hukum makruh itu kepada haram.
Membazir ada dua hukum . Membazir yang melampau batas hukumnya adalah haram . Membazir kategori inilah yang disebut didalam Quran sebagai saudara syaitan.
Membazir yang tidak melampau batas adalah makruh saja hukumnya dan bukannya termasuk saudara syaitan .
2. Menurut pendapat yg muktamad disyaratkan mendengar bacaan2 yang dibaca didalam solat oleh telinga sendiri . Oleh itu jika tidak mendengar oleh telinga sendiri maka tidaklah sah bacaan tersebut . Jika bacaan itu merupakan rukun solat seperti membaca Fatehah maka tidak sah solat tersebut.
Dan jika bacaan itu adalah zikir yang sunat seperti zikir didalam rukuk maka tidak mendapat fadhilat .
Sebutan yang tidak keluar suara yang tidak kedengaran pada telinga sebenarnya bukanlah bacaan . Fatehah dan zikir2 solat adalah bacaan . Kerana itulah disyaratkan mesti bersuara dan tidak dinamakan bersuara jika tidak didengar oleh telinga sendiri.
3. Jika bacaan tidak mengikut tajwid itu tidaklah sampai mengubah makna ayat maka tidaklah membatalkan solat tetapi wajib diulangi semula membaca ditempat yang salah itu.
Melainkan mereka yang baru belajar tajwid dan belum lagi pandai maka kesalahanya dimaaf pada syarak selama kesalahan tersebut terjadi dengan sebab belum pandai bukannya disengajakan.
** Mohon disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain , moga kehidupan kau semua diberkati . . InsyaAllah . .
Wallahu 'alam . .

Penjelasan tentang isu hukum rokok . . bacalah kamu semua faham


Mesej:
Hukum rokok ?
Maaf...Sekadar perkongsian.Di dalam rokok itu mengandungi bahan yang haram.Walaupun jika ia tidak memudaratkan pada sebilangan orang tetapi maka ia menjadi haram kerana mengandungi bahan yang haram.
Maka jawabnya sebenarnya alim ulama’ sudah menyatakan pendapat mereka dalam masalah ini dan sememangnya berlaku khilaf atau perbezaan pendapat di antara ulama’ – ulama’ . Maka kita tidak lah perlu bergaduh dengan masalah ini . Jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan haram maka tidak mengapa jika kita mahu terima pendapat yang mengatakan makruh juga tidak mengapa .
Tapi bukan semua masalah kita boleh pilih mana - mana pendapat yang kita suka , contohnya dalam masalah bersentuh lelaki dan perempuan , ada ulama' yang mengatakan batal wudhuk dan ada ulama' yang mengatakan tidak batal wudhuk maka dalam masalah khilaf ulama dalam masalah wudhuk' ini kita kena ikut mazhab yang kita amalkan . Jika orang yang guna mazhab syafi'e maka apabila dia bersentuh perempuan contohnya isterinya maka batallah wudhuknya . Sebenarnya dalam masalah - masalah feqah ini kita kena belajar , nak terangkan dalam mesej ni pun tak cukup , kena belajar barulah kita tahu .
Mengenai masalah rokok ini , ulama' - ulama' sudah menyatakan pendapat - pendapat mereka .
Pendapat yang paling kuat ialah pendapat mazhab Hambali iaitu haram dan pendapat yang kedua ialah makruh , ini adalah pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’e , itupun jika tidak memudaratkan kesihatan pada masa terdekat contohnya jika apabila merokok terus sahaja sakit dada atau batuk - batuk atau seumpamanya yang berlaku dalam masa terdekat disebabkan merokok itu maka apabila perkara ini berlaku , hukumnya kembali kepada mazhab hambali iaitu haram . Inilah jawapan yang dijawab oleh ulama’- ulama’.
Jika ada orang yang ilmunya lebih tinggi dari allim ulama' dan tidak setuju atau tidak mahu terima pendapat ulama’ maka cubalah keluarkan fatwa sendiri . Sememangnya alim ulama’ tidak akan sesuka hati mengeluarkan sesuatu pendapat melainkan ia berdasarkan al-Quran dan hadith . Perkara - perkara yang berlaku perbezaan pendapat antara ulama' - ulama' kita tidak perlu persoalkan , terima sahaja .
Wallahu 'alam . .

Hukum berkenalan antara lelaki dan perempuan


Mesej:
02/16/2010 1:42 pm
salam...nak tnye salahkah kaum hawa berkenalan dgn kaum adam yg xdikenali??
Maka jawabnya ini 6 video untuk jawapan bagi soalan ini. Ustaz ini namanya Ustaz Azhar Idrus, beliau penceramah bebas di negeri Terengganu Darul Iman dan begitu alim dalam masalah2 feqah maka janganlah ragu2 untuk menerima pendapat2 nya . Harap disebar2kan supaya masing2 dapatmanfaatnya.
http://www.youtube.com/watch?v... re=PlayList&p=F5232EFEFF689532&playnext=1&p laynext_from=PL&index=68
http://www.youtube.co... m/watch?v=XuSNkSjRf-o&feature=PlayList&p=573EA2 2161CE8365&playnext=1&playnext_from=PL&inde x=40
http://www.youtube.com/watch?v... p;feature=PlayList&p=573EA22161CE8365&playnext= 1&playnext_from=PL&index=39
http://www.you... tube.com/watch?v=nInn0vOruGk
## Maaf kepada saudari yang bertanya kerana terlalu lama menjawab soalan ini. Maaf. Ingatkan ana jika masih ada soalan yang ana masih tidak jawab.
Sebaiknya kalau boleh ana mahu pendapat2 dari semua saudara2 supaya ilmu2 yang disebarkan ini lebih menarik untuk dibaca. Jika ada kelemahan atau kekurangan pada apa yang ana sebarkan, ana mohon komen daripada semua insyaAllah supaya ana dapat baiki kekurangan yang ada, ini semua untuk kebaikan semua insyaAllah.
Wallahu'alam.

Hukum onani


Mesej:
Dari: 02/16/2010 8:26 pm
Subjek: saya nak tanya...
Pesan: salam...
saya nak tanya....apa hukum seseorang lelaki mengeluarkan
air mani dengan sengaja???....
ada kawan saya cakap haram....
ada yang cakap x de apa2...sebab x de
hukumnya lagi....
bleh ustaz jawab x??.....
Maka jawabnya haram atas laki2 atau perempuan melakukan onani yaitu bermain dengan kemaluan sendiri untuk melepaskan syahwat keinginan.
Siapa yg cakap onani ini tiada hukumnya lagi? Apabila orang bertanya kepada kita tentang hal2 agama dan kita pula jahil dalam hal2 yang ditanya itu maka katakanlah wallahu’alam. Jangan memandai2 jawab ikut suka hati, risau kita menyesatkan orang pula. Dan kita pula yg ingin tahu tentang hukum2 agama maka tanyalah pada guru2 agama, sebaik2nya guru2 feqah.
Rasul Allah saw menganjurkan orang2 yang muda2 agar segera bernikah untuk mengelakkan perbuatan yang haram. Bagi yang tak mampu bernikah maka hendaklah di kawal nafusnya itu dengan berpuasa.
Maksud berpuasa disini jika dilihat pada yg tersiratnya membawa maksud syahwat dan keinginan hanya mampu di kekang dengan jalan agama.
Kenapa orang yg telah berpuasa masih tidak dapat mengawal nafsunya? Ini adalah disebabkan puasanya hanya sekadar zahirnya sahaja tidak benar2 sebagaimana yg dituntut oleh Allah swt. Jika puasanya benar dengan niat ingin mengawal nafsunya sudah tentu puasa tersebut menjadi perisai dari terjerumus mengikut kehendak nafsu.
Oleh itu melakukan onani untuk mengawal nafus sebagaimana alasan setengah orang adalah bercanggah dengan saranan Nabi saw.
Imam Az-Zhahabi meriwayatkan sebuah hadith dalam kitab beliau Al-Kabaair bahawa Allah swt melaknat mereka yang bernikah dengan tangannya sendiri.
Untuk penambahan, kesan onani kepada tubuh badan diantaranya melemahkan aqal dan ingatan, sperma yg terhasil tidak sihat, penyakit lengoh dan cepat mati pucuk.
Firman Allah yg bermaksud :
"Sesiapa yg takutkan Allah nescaya Allah akan berikan kepadanya jalan kelepasan (dari kekusutan yg dialaminya) dan Allah akan berikan kepada rezeki yg melimpah ruah."
Wallahu'alam.

Hukum mesej "salam" dan hukum cara menegur orang


Mesej:
1) tapi.. kalau org beri salam dalam hp gna perkataan 'salam'.. mesti dijawad dengan 'waalaikumussalam' kah, atau ada jawapan lain??..
2) jika kita menegur orang lain tap kita sendiri yang memulakan sesuatu perkara shingga seseorang yang ikut apan yg kita lkukan.. seperti.. dahulu saya seorang yang suka memukul.. tap skarang saya dah tidak memukul.. tap rakan saya telah mengikut kebiasaan saya iaitu suka menegur.. persoalan nya sekarang.. bila saya tegur rakan saya.. apa cara yang perlu saya lakukan untuk menegurnya???..
Dari: 02/11/2010 11:57 pm
1) Maka jawabnya pertama sekali kena tahu dahulu apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ’salam’ ini, adakah ia membawa maksud baik atau membawa maksud tidak baik.
Surah Ibrahim ayat 23 yg bermaksud :
23. Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal saleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salaam"[785].
[785] artinya: sejahtera dari segala bencana.
Boleh juga dijawab wa’alaikumussalam, tiada salah pun kerana mendoakan kebaikan kepada saudara kita digalakkan dalam Islam dan lagi baik lagi jika ditambah dengan warohmatullahi wabarakatuh.
2) Menegur atau menasihati seseorang kepada kebaikan adalah dituntut pada syara’ malah disukai oleh Allah Ta’ala sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran dalam surah al-asr.
Bagi ana, untuk seseorang menerima teguran kita maka kita hendaklah muhasabah diri kita dahulu, apa kelemahan kita dan apa kekuatan kita. Menegur atau menasihati seseorang bermakna kita menasihati atau menegur diri kita sendiri.
Ianya umpama bola, semakin kuat kita baling bola itu ke dinding maka semakin kuatlah lantunan bola itu mengenai kita . Samalah juga dengan menegur orang, semakin kuat kita tegur orang atau tegur kawan2 kita maka semakin kuatlah teguran itu mengenai pada diri kita sendiri.
Langkah pertama ialah menunjukkan sikap seorang Muslim yang baik bila berhadapan dengan kawan2 atau sesiapa pun. Inilah sebenarnya daya penarik untuk orang lain menghormati kita dan seterusnya menghormati setiap kata2 kita. Masyarakat akan mudah tertarik kepada kita jika kita dapat menterjemahkan Islam yg murni ini dalam setiap aspek kehidupan kita seperti benar, jujur, tidak pemarah, tidak pendendam, tidak hasad dengki, kasih sayang sesama makhluk dan seumpamanya.
Taat perintah agama seperti solat pada waktunya dan suka menolong juga diantara daya tarikan untuk orang lain tertarik untuk mendengar nasihat kita.
InsyaAllah dengan langkah pertama ini, susuli langkah seterusnya menasihati mereka, ingat, kuatkan diri untuk menegur mereka, anggaplah setiap teguran bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri.
InsyaAllah,mudah2an dimudahkan Allah swt segala urusan.
wallahua'lam
##sebar2kan pada saudara2 kita yg lain, kalau tak nak sebar pun cukuplah dibaca setiap apa yg ana sebarkan, moga Allah kurniakan kefahaman agama pada kita semua insyaAllah.

Friday, December 25, 2009

HUKUM SMS & DAKWAH DAN TABLIGH

Mesej: 1)Hukum meminta semula barang yang telah diberi



Maka jawabnya haram meminta semula barang yang telah diberi.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Tiada halal yakni haram seseorang yang memberi kepada orang lain sesuatu hadiah, barang atau sebagainya meminta semula barang yang telah diberi itu melainkan ayah halal meminta semula dari anaknya”.



Sekarang banyak berlaku dalam masyarakat kita akhir zaman ini yang putus tunang meminta semula barang-barang hantarannya seperti cincin atau sebagainya. Barang yang diminta semula itu adalah haram, tidak halal.



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud melalui hadis riwayat Imam Bukhari, “Orang yang meminta semula barang pemberiannya kepada seseorang sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya yang telah keluar”.



2)Hukum makmum yang tidak berundur apabila dicuit



Maka jawabnya sesiapa yang dicuit hukumnya sunat untuk dia berundur ke belakang untuk bersama makmum di belakang tetapi jika dia tidak berundur walaupun sudah dicuit hukumnya makruh.



Berundur tidaklah wajib ke atas makmum yang pertama itu kerana kesalahan makmum yang kedua itu ialah dia datang lewat menunaikan solat tetapi yang terbaik makmum yang pertama itu berundurlah tanpa tunggu makmum kedua mencuitnya. Bertolong-tolonglah dalam perkara kebajikan.



3) Hukum sms dengan bukan mahram



Maka jawabnya yang jelas haram yang tidak boleh ialah bermesej perkara2 yang berkaitan syawat atau perkara yang membawa keseronokan nafsu dan seumpamanya.



Yang jelas dibolehkan ialah perkara yang penting seperti jual beli atau sebagainya tetapi ada perkara yang tidak penting tetapi dibolehkan juga seperti bertanya nama ayah atau sebagainya, tidak jatuh hukum haram, yang jelas haram ialah perkara yang berkaitan syawat dan nafsu.



Biasanya perkara2 yang tidak penting ini ulama’2 mengatakan hukumnya makruh sahaja, nak kata haram tidak juga.

Yang terbaik ringkaskan perkara2 yang penting sahaja untuk mengelakkan berlakunya zina hati atau seumpamanya.



4) Dakwah & Tabligh

a) Apa pendapat mengenai usaha yang dibuat golongan tabligh zaman sekarang?

b) Apa hukumnya meninggalkan isteri dan anak 40hri/4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman sekarang walaupun isteri dan anak meredhainya?



a. Usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.



Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.



Skop dakwah sekarang semakin luas. Oleh itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada untuk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet.



Cuma ingat apabila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkalah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menentukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.



Apa yang kita lihat salah itu janganlah ikut dan yang betul itu teruskanlah, ingatlah Islam ini agama yang menyeluruh, makan , minum, bekerja, politik, kahwin, hiburan dan banyak lagi, semuanya berkaitan dengan Islam, tiada satupun yang tertinggal kerana Islam adalah agama yang lengkap.



b. Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafaqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama.



Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh oleh agama.

Friday, December 11, 2009

Hukum Guna Gelaran Yang Maha Mulia dan Lain2..

Mesej: (1)Hukum bersalawat ketika mendengar orang menyebut nama Rasulullah S.A.W.



Maka jawabnya sunat menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ketika ada orang yang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..



Menjawabnya tidak semestinya dengan S.A.W., asalkan menjawabnya dengan berselawat ke atas Nabi supaya kita tidak termasuk dalam golongan-golongan orang yang sombong.



(2)Bolehkah hanya membaca surah al-Fatihah sahaja di dalam solat tanpa membaca surah-surah lain selepas bacaan surah al-Fatihah?



Maka jawabnya boleh, tidak batal solat selagi bacaan al-Fatihah dibaca dengan tajwid yang betul.



Tetapi pada sesiapa yang sudah berusaha membacanya iaitu sudah belajar dengan guru tajwid untuk membetulkan bacaan al-Fatihahnya tetapi tetap juga tidak dapat membaca surah al-Fatihah dengan betul maka dimaafkan kerana sudah berusaha untuk belajar dan membetulkan bacaan surah al-Fatihahnya.



Bacaan al-Fatihah ini adalah rukun solat, jika ditinggalkan rukun maka batallah solat.



(3) Wajib atau tidak qada solat yang dikerjakan ketika uzur?



Maka jawabnya tidak wajib qada solat yang dikerjakan ketika uzur asalkan solat itu didirikan mengikut kemampuan diri contohnya sekiranya mampu berdiri maka solatlah dalam keadaan berdiri, jika tidak mampu berdiri bolehlah duduk dan seumpamanya.



(4) Warna serban Rasulullah S.A.W



Maka jawabnya terlalu banyak riwayat mengenai ini, ada ketika Nabi memakai serban warna putih, warna hitam ,warna hijau.



Dan ada satu riwayat mengatakan Nabi memakai serban berwarna hitam ketika Nabi menakluk semula Kota Makkah. Ketika itu Nabi berada di atas kuda dan katanya Saidina Umar “aku lihat ketika itu Nabi memakai serban hitam di atas kepalanya “.



Dan pada hari lain Nabi memakai serban warna hijau.



(5) Kenapa agong menggunakan gelaran “DULI YANG MAHA MULIA”? sedangkan Allah yang maha mulia ataupun adakah itu hanyalah gelaran ? bukan menunjukkan sifat?



Maka jawabnya sememangnya Yang Maha Mulia hanya Allah S.W.T. sedangkan makhluknya tidak sepatutnya dianggap Maha Mulia atau seumpamanya sekalipun digunakan perkataan Maha Mulia ini sekadar untuk gelaran, Islam tidak membenarkan manusia memakai gelaran2 yang sepatutnya hanya diberikan kepada Allah swt.



Kerana itu Nabi saw melarang kita memakai nama malikul mulk dan seumpamanya sekalipun hanya sekadar nama, kerana ia membawa maksud tersangat hebat dan tersangat berkuasa.



**apa yang ana nyatakan kemungkinan ada kekurangan, rujuk alim ulamak untuk keterangan lanjut, sebaiknya ana mohon supaya setiap apa yang ana nyatakan di sini dapat pula disebarkan pula pada saudara2 kita yang lain, ramai lagi yang tak tahu dan ramai lagi yang nak tahu, moga Allah kurniakan keberkatan bagi sesiapa yang tolong agama Allah..



***jika ada yang tidak faham apa yang ana nyatakan di atas tolong sangat2 diberitahu, jangan tafsir dengan hukum akal sendiri risau berlaku kesalahan, yang paling ana risau lain diberitahu lain pula yang difahami..



WALLAHU'ALAM..