INTERNET SEARCH

Friday, December 25, 2009

HUKUM SMS & DAKWAH DAN TABLIGH

Mesej: 1)Hukum meminta semula barang yang telah diberi



Maka jawabnya haram meminta semula barang yang telah diberi.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Tiada halal yakni haram seseorang yang memberi kepada orang lain sesuatu hadiah, barang atau sebagainya meminta semula barang yang telah diberi itu melainkan ayah halal meminta semula dari anaknya”.



Sekarang banyak berlaku dalam masyarakat kita akhir zaman ini yang putus tunang meminta semula barang-barang hantarannya seperti cincin atau sebagainya. Barang yang diminta semula itu adalah haram, tidak halal.



Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud melalui hadis riwayat Imam Bukhari, “Orang yang meminta semula barang pemberiannya kepada seseorang sama seperti orang yang menjilat semula muntahnya yang telah keluar”.



2)Hukum makmum yang tidak berundur apabila dicuit



Maka jawabnya sesiapa yang dicuit hukumnya sunat untuk dia berundur ke belakang untuk bersama makmum di belakang tetapi jika dia tidak berundur walaupun sudah dicuit hukumnya makruh.



Berundur tidaklah wajib ke atas makmum yang pertama itu kerana kesalahan makmum yang kedua itu ialah dia datang lewat menunaikan solat tetapi yang terbaik makmum yang pertama itu berundurlah tanpa tunggu makmum kedua mencuitnya. Bertolong-tolonglah dalam perkara kebajikan.



3) Hukum sms dengan bukan mahram



Maka jawabnya yang jelas haram yang tidak boleh ialah bermesej perkara2 yang berkaitan syawat atau perkara yang membawa keseronokan nafsu dan seumpamanya.



Yang jelas dibolehkan ialah perkara yang penting seperti jual beli atau sebagainya tetapi ada perkara yang tidak penting tetapi dibolehkan juga seperti bertanya nama ayah atau sebagainya, tidak jatuh hukum haram, yang jelas haram ialah perkara yang berkaitan syawat dan nafsu.



Biasanya perkara2 yang tidak penting ini ulama’2 mengatakan hukumnya makruh sahaja, nak kata haram tidak juga.

Yang terbaik ringkaskan perkara2 yang penting sahaja untuk mengelakkan berlakunya zina hati atau seumpamanya.



4) Dakwah & Tabligh

a) Apa pendapat mengenai usaha yang dibuat golongan tabligh zaman sekarang?

b) Apa hukumnya meninggalkan isteri dan anak 40hri/4bln yang dilakukan oleh jemaah tabligh zaman sekarang walaupun isteri dan anak meredhainya?



a. Usaha dakwah tidak dinafikan satu kerja kebajikan yang menjanjikan ganjaran yg besar di akhirat nanti. Di akhir zaman ini kerja2 seperti ini tidak disukai oleh setengah orang bahkan ada yang membenci padahal dengan sebab dakwahlah Islam tersebar ke serata alam. Ini berpunca dengan sebab jahil dan terlalu mementingkan kehidupan dunia.



Siapa saja yg menyatakan dan menyampaikan Islam walau dimana sahaja maka dia telah mendapat kemuliaan disisi Allah swt samada namanya gerakan dakwah, atau tabligh atau apa saja namanya.



Skop dakwah sekarang semakin luas. Oleh itu buatlah sekadar yg mampu dengan ruang yg sedia ada untuk berdakwah samada menyertai tabligh atau jemaah2 lain atau berdakwah dengan tulisan didalam kitab dan buku, tv mahu pun internet.



Cuma ingat apabila kita telah melakukan kerja dakwah, bertawakkalah kepada Allah swt kerana dia sahaja yg menentukan kejayaannya dan sentiasalah menganggap apa yg kita buat itu masih belum sempurna dengan sentiasa ada azam memperbaiki diri dan jemaah.



Apa yang kita lihat salah itu janganlah ikut dan yang betul itu teruskanlah, ingatlah Islam ini agama yang menyeluruh, makan , minum, bekerja, politik, kahwin, hiburan dan banyak lagi, semuanya berkaitan dengan Islam, tiada satupun yang tertinggal kerana Islam adalah agama yang lengkap.



b. Jika kewajipan terhadap anak isteri telah ditunaikan seperti nafaqah makan minum dan tempat tinggal maka tidak ada masalah meninggalkan mereka kerana kerja2 agama.



Pandangan setengah masyarakat yang mengatakan haram meninggalkan anak isteri kerana pergi berdakwah adalah tidak tepat dan terburu2.

Yang tidak betul ialah meninggalkan mereka tanpa menunaikan kewajipan yg sepatutnya sebagaimana disuruh oleh agama.

No comments: