| Mesej: | Dari: 02/16/2010 8:26 pm Subjek: saya nak tanya... Pesan: salam... saya nak tanya....apa hukum seseorang lelaki mengeluarkan air mani dengan sengaja???.... ada kawan saya cakap haram.... ada yang cakap x de apa2...sebab x de hukumnya lagi.... bleh ustaz jawab x??..... Maka jawabnya haram atas laki2 atau perempuan melakukan onani yaitu bermain dengan kemaluan sendiri untuk melepaskan syahwat keinginan. Siapa yg cakap onani ini tiada hukumnya lagi? Apabila orang bertanya kepada kita tentang hal2 agama dan kita pula jahil dalam hal2 yang ditanya itu maka katakanlah wallahu’alam. Jangan memandai2 jawab ikut suka hati, risau kita menyesatkan orang pula. Dan kita pula yg ingin tahu tentang hukum2 agama maka tanyalah pada guru2 agama, sebaik2nya guru2 feqah. Rasul Allah saw menganjurkan orang2 yang muda2 agar segera bernikah untuk mengelakkan perbuatan yang haram. Bagi yang tak mampu bernikah maka hendaklah di kawal nafusnya itu dengan berpuasa. Maksud berpuasa disini jika dilihat pada yg tersiratnya membawa maksud syahwat dan keinginan hanya mampu di kekang dengan jalan agama. Kenapa orang yg telah berpuasa masih tidak dapat mengawal nafsunya? Ini adalah disebabkan puasanya hanya sekadar zahirnya sahaja tidak benar2 sebagaimana yg dituntut oleh Allah swt. Jika puasanya benar dengan niat ingin mengawal nafsunya sudah tentu puasa tersebut menjadi perisai dari terjerumus mengikut kehendak nafsu. Oleh itu melakukan onani untuk mengawal nafus sebagaimana alasan setengah orang adalah bercanggah dengan saranan Nabi saw. Imam Az-Zhahabi meriwayatkan sebuah hadith dalam kitab beliau Al-Kabaair bahawa Allah swt melaknat mereka yang bernikah dengan tangannya sendiri. Untuk penambahan, kesan onani kepada tubuh badan diantaranya melemahkan aqal dan ingatan, sperma yg terhasil tidak sihat, penyakit lengoh dan cepat mati pucuk. Firman Allah yg bermaksud : "Sesiapa yg takutkan Allah nescaya Allah akan berikan kepadanya jalan kelepasan (dari kekusutan yg dialaminya) dan Allah akan berikan kepada rezeki yg melimpah ruah." Wallahu'alam. |


No comments:
Post a Comment