INTERNET SEARCH

Tuesday, December 1, 2009

Karamah Saidina Umar al-Khattab



Mesej:
► Suatu hari, berlaku gempa bumi di Madinah. Sewaktu itu Saidina Umar memegang teraju pemerintahan sebagai Khalifah setelah kematian Saidina Abu Bakar. Ketika bumi sedang bergetar, Saidina Umar menghentakkan tongkatnya ke tanah lalu berkata, “Wahai bumi, tenanglah kamu. Apakah aku tidak berlaku adil di atasmu?” Dengan izin Allah, serta-merta gempa bumi terhenti.
 
► Tentera Islam di bawah pimpinan Amru Al Ash telah berjaya membuka Mesir. Ketika itu berlakulah kemarau panjang hinggakan air Sungai Nil kering. Menurut penduduk di situ, air Sungai Nil akan naik kembali jika dikorbankan seorang anak dara ke dalamnya. Begitulah yang mereka lakukan pada masa-masa yang lalu. Amru menulis kepada Saidina Umar bertanyakan pendapatnya. Saidina Umar menolak sama sekali upacara khurafat tersebut lalu beliau menulis sepucuk surat kepada Sungai Nil yang berbunyi:
“Daripada Amirul Mukminin Umar kepada Sungai Nil di Mesir. Jika kamu mengalirkan airmu dengan kehendakmu sendiri, janganlah kamu mengalir. Tapi jika kamu mengalir dengan kehendak Allah Yang Maha Esa dan Maha Perkasa, maka kami memohon kepada Allah Yang Maha Esa dan
Maha Perkasa untuk mengalirkan kamu.”
Surat ini dilemparkan oleh Amru ke dalam Sungai Nil. Dengan izin Allah, pada malam itu juga tersembur keluar mata-mata air di sepanjang sungai tersebut hingga penuh sebagaimana yang kita lihat hari ini.
 
► Suatu ketika seorang utusan dari Rom (musuh Islam) tiba ke Madinah untuk menyampaikan sesuatu daripada rajanya kepada Khalifah. Dia bertanyakan orang ramai di manakah istana Saidina Umar. Malangnya Saidina Umar tidak ada istana kerana beliau tinggal di sebuah rumah kecil sahaja di padang pasir. Inilah contoh zuhud yang terbaik. Ketika sampai ke tempat Saidina Umar, dilihatnya khalifah sedang tidur sendirian di bawah pokok tamar. Tongkatnya dijadikan bantal. Utusan Rom berasa hairan kerana pemerintah Islam yang sangat digeruni Timur dan Barat itu langsung tidak ada pengawal peribadi. Dia terfikir inilah saat yang paling sesuai untuk dia berkhidmat kepada rajanya iaitu dengan membunuh Saidina Umar. Dia pun mendekati Saidina Umar denagn pedang yang terhunus. Tiba-tiba muncul dua ekor singa entah dari mana hendak menerkamnya . Sang utusan menjerit ketakutan dan pedangnya terlucut menyebabkan Saidina Umar terjaga. Singa-singa tadi hilang begitu saja. Utusan Rom pun menceritakan apa yang terjadi kepada saidina Umar. Akhirnya dia terus memeluk agama Islam.
 
► Saidina Umar pernah melaung dia atas kubur seorang pemuda, “Wahai pemuda, bagi orang yang takut kepada Tuhannya, kamu akan mendapat dua syurga.” Suara dari dalam kubur itu menjawab, “Wahai Umar, Allah telah mengurniakan kepadaku dua syurga.”
 
► Saidina Umar telah mengirim sepasukan tentera di bawah pimpinan Sariyah ke Nahawunda untuk menghadapi tentera Parsi. Dalam peperangan itu, tentera Islam terpukul hebat dan hampir-hampir akan kalah. Saidina Umar yang ketika itu sedang berkhutbah di masjid telah dibukakan hijab oleh Allah hinggakan dia dapat melihat situasi peperangan tersebut. Secara spontan Umar menjerit
memerintahkan Sariyah dan tenteranya bertahan di atas sebuah bukit. Arahannya itu dapat didengar oleh tentera Islam yang jauh ratusan (mungkin ribuan) batu lalu mereka mengubah strategi dan akhirnya mencapai kemenangan.
 
Wallahu'alam..

Hukum menegur orang&kisah Saidina 'Umar



Mesej:
Sifat Peribadi Umar al-Khattab
 
1) Ubaidullah bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?"Jawab Umar al-Khattab :
 
"Saya merasakan bahawa diri saya telah takbur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"
 
2) Kata Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka : "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami tidak berani bertentangan mata dengannya".
 
Hal ini diadukan oleh Abdul Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata demikian ?"
 
"Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"
 
3) Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahawa seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata :
 
"Bersikap lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab : "Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim ? "
 
Jawab lelaki itu : "Tidak" Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam hatimu terhadapku"
 
4) Menurut Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah, ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah"
 
Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya"
 
Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar"
 
Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi
 
1)Hukum menegur atau menasihatkan orang
Perkara ini kena lihat kepada siapakah yang kita tegur atau nasihat itu. Jika mereka adalah orang yang bukan bawah tanggungan kita seperti kawan2 dan atau orang ramai maka hukum menegur atau menasihat tentang kesalahannya itu adalah fardu kifayah. Jika mereka tidak endah atau tidak mempedulikan dengan teguran kita itu, maka terlepaslah sudah tanggung jawab kita menegur mereka kerana kewajipan tersebut akan di teruskan oleh orang lain pula.
Dan jika mereka itu adalah orang yang dibawah tanggungan kita seperti anak dan isteri kita maka menegur kesalahan mereka adalah fardu ain.
Maka anak isteri yang masih meneruskan perbuatan dosa seperti membuka aurat walau pun sudah diberi teguran tetap wajib atas kita menegur mereka itu sampai mereka menutup aurat dengan sempurna.

Wednesday, October 21, 2009

MUTIARA KATA

SESUATU KEAJAIPAN DAN YANG TIDAK MUSTAHIL PASTI AKAN TERCAPAI APABILA ADANYA USAHA YANG GIGIH SERTA SENTIASA BERSABAR DALAM MENGHADAPI SEGALA DUGAAN,UJIAN DAN MUSIBAH YANG MELANDA...SENYUMAN DAN KEMESRAAN ADALAH KUNCI KEDAMAIAN DAN KASIH SAYANG...

Thursday, October 15, 2009

HUKUM PAKAI INAI DAN LAIN2

(1)Hukum wanita memakai inai

Maka jawabnya hukum wanita yang tiada suami dan memakai inai maka haram dipertonton di khalayak ramai melainkan wanita yang ada suami.

Ini perhiasan yang tidak dibenarkan, ini perhiasan dengan hanya untuk dipertonton untuk suami.

Keadaan sekarang, pipi merah atau bibir merah atau seumpamanya haram kepada muda mudi sekarang, kerana mewujudkan fitnah. Bukan tidak boleh mekap atau sebagainya tapi jangan melebih-lebih.

Sekarang banyak kali kita lihat di majlis2 kahwin , kaum lelaki memakai inai di jari,apakah dibolehkan dalam Islam?

Maka ini jawapan daripada ustaz azhar idrus (penceramah di Terengganu)

“Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.

Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.”

(2) Hukum menyimpan rambut panjang bagi lelaki

Maka jawabnya sunnah Nabi S.A.W. ialah rambut panjang sehingga menyentuh bahu.

Janganlah menyimpan rambut panjang sehingga jika dilihat dari jauh atau dekat orang akan menganggap atau akan kata itu adalah wanita sedangkan lelaki maka hukumnya haram, dilaknat Allah kerana menyerupai wanita.

Jika menyimpan rambut panjang tapi kalau orang lihat dari jauh atau dekat orang akan kata atau menganggap itu lelaki, orang tidak kata wanita maka dibolehkan.

(3) Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. .

Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

(4) Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhuk, adakah amalan ini sunnah Nabi?

Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin.

Dan kini akhir zaman ada juga upacara membaling bunga selepas selesai akad nikah yang juga diambil dari amalan upacara kahwin orang kristian, pengantin yang memakai gaun yang berekor panjang di belakangnya, membunyikan muzik atau bunyi ketika pengantin keluar atau sebagainya.

Tidak mengapalah jika kita inigin bercium tangan tanda mengikut adab orang melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat, cukuplah cium tangan untuk ikut adab orang melayu.

Friday, October 9, 2009

[Ilya'hul Iman]

Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam.

Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?

1.Melalui mujahadatunnaf.

Mujanadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.

Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:

a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah

b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.

c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.

2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.

3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman.

Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.

Sunday, September 27, 2009

SENYUMAN

SENYUMAN AKAN MENGHASILKAN PELBAGAI KEBAIKAN..CONTOHNYA,AKAN MEWUJUDKAN KEMESRAAN SERTA MENJALINKAN HUBUNGAN YANG RAPAT TERHADAP SESEORANG ITU..