INTERNET SEARCH

Thursday, October 15, 2009

HUKUM PAKAI INAI DAN LAIN2

(1)Hukum wanita memakai inai

Maka jawabnya hukum wanita yang tiada suami dan memakai inai maka haram dipertonton di khalayak ramai melainkan wanita yang ada suami.

Ini perhiasan yang tidak dibenarkan, ini perhiasan dengan hanya untuk dipertonton untuk suami.

Keadaan sekarang, pipi merah atau bibir merah atau seumpamanya haram kepada muda mudi sekarang, kerana mewujudkan fitnah. Bukan tidak boleh mekap atau sebagainya tapi jangan melebih-lebih.

Sekarang banyak kali kita lihat di majlis2 kahwin , kaum lelaki memakai inai di jari,apakah dibolehkan dalam Islam?

Maka ini jawapan daripada ustaz azhar idrus (penceramah di Terengganu)

“Setakat yang saya tahu haram kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.

Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itulah lelaki dilarang memakainya dari kerana terdapat hadith soheh yg melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.”

(2) Hukum menyimpan rambut panjang bagi lelaki

Maka jawabnya sunnah Nabi S.A.W. ialah rambut panjang sehingga menyentuh bahu.

Janganlah menyimpan rambut panjang sehingga jika dilihat dari jauh atau dekat orang akan menganggap atau akan kata itu adalah wanita sedangkan lelaki maka hukumnya haram, dilaknat Allah kerana menyerupai wanita.

Jika menyimpan rambut panjang tapi kalau orang lihat dari jauh atau dekat orang akan kata atau menganggap itu lelaki, orang tidak kata wanita maka dibolehkan.

(3) Hukum menyambut hari jadi dan hukum meniup lilin

Maka jawabnya berdasarkan beberapa orang ulama’ kitab-kitab terbaru (ulama’-ulama’ yang lama tidak menyebut tentang perkara hari jadi ini) diantaranya seorang ulama’ besar di Universiti al-Azhar melalui kitabnya ‘yas a luu naka fiddin’ hukumnya bida’ah yang harus.

Bida’ah kerana tiada contoh yang dibuat pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. .

Harus pula kerana tiada ayat, nas atau hadis yang melarang menyambut hari jadi maka harus asalkan biarlah dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam.

Hukum meniup lilin ini adalah haram kerana amalan ini tiada dalam agama lain melainkan agama kristian. Barangsiapa yang mengikut satu adab yang lazim untuk sesuatu kaum sahaja maka termasuk kaum itu.

Setengah ulama’ mengatakan boleh buat kek tetapi tidak boleh tiup lilin dan bernyanyi. Sebaiknya berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. . Sesiapa yang berselawat ke atas atasku (Nabi Muhammad S.A.W. ) sekali maka Allah akan mengampunkannya sebanyak 10 kali dosa-dosanya.

Bersyukurlah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup bukannya bergembira sedangkan semakin banyak hari jadi yang kita sambut untuk diri kita semakin tua umur kita dan semakin dekat kita dengan hari kematian kita maka patutkah kita bergembira, bertepuk tangan atau seumpamanya?

(4) Cium isteri selepas akad nikah untuk membatalkan wudhuk, adakah amalan ini sunnah Nabi?

Maka jawabnya bukan sunnah, ini hanyalah adab orang melayu yang diambil dari upacara kahwin orang kristian yang mencium isterinya selepas berkahwin.

Dan kini akhir zaman ada juga upacara membaling bunga selepas selesai akad nikah yang juga diambil dari amalan upacara kahwin orang kristian, pengantin yang memakai gaun yang berekor panjang di belakangnya, membunyikan muzik atau bunyi ketika pengantin keluar atau sebagainya.

Tidak mengapalah jika kita inigin bercium tangan tanda mengikut adab orang melayu tetapi janganlah sehingga mencium pipi atau dahi dan seumpamanya kerana di depan orang bukanlah tempat untuk bersuka-ria atau bergurau senda jika kita ingin membatal air solat, cukuplah cium tangan untuk ikut adab orang melayu.

No comments: